Saturday, January 29, 2011

Kenapa belakang unta berbonggol?

Pernahkah adik-adik melihat unta? Tentunya ramai yang tidak pernah melihatnya betul-betul tetapi kerap melihat unta di kaca-kaca televisyen dan juga dalam buku-buku.

Unta sebenarnya dikenali dengan nama 'Kapal di padang pasir'. Memang unta adalah binatang yang paling sesuai hidup di padang pasir. Walaupun unta terpaksa berjalan berminggu-minggu lamanya di padang pasir yang kering panas, namun dia tetap boleh berjalan.


Adik-adik tentunya tertanya-tanya kenapakah unta mempunyai bonggol yang besar di belakangnya? Bonggol itu sebenarnya amat berguna kepada unta. Bonggol itu digunakan untuk menyimpan makanannya yang telah ditukarkan kepada lemak.

Sebelum unta itu dibawa berjalan jauh di padang pasir, tuan empunya unta itu akan memastikan untanya memakan makanan yang banyak dan meminum air yang mencukupi untuk seminggu dua.

Makanan yang telah dimakan akan bertukar menjadi lemak dan lemak itu akan tersimpan di bonggolnya. Manakala air pula tersimpan di bahagian perutnya yang kelihatan seperti sebuah bekas air.

Semasa perjalanan, unta ini akan menggunakan simpanan air dan makanannya untuk memberikannya tenaga.

Apabila selesai perjalanan yang jauh, bonggolnya akan mengecut dan unta itu terpaksa berehat panjang untuk mendapatkan tenaganya semula.



reposted by,
©hidayuki©

My Blog List